Dasar Privasi

Notis Privasi dan Perlindungan Data Peribadi

Halim Hong & Quek
Tarikh Berkuat Kuasa: 26 Mac 2014  |  Tarikh Semakan Terakhir: 18 November 2025

1. Pengenalan Am

1.1. Di Halim Hong & Quek (“HHQ”), kami mengiktirafkan kepentingan privasi dan kepekaan data serta maklumat peribadi mengenai diri anda (“Data Peribadi”) dan komited untuk melindungi Data Peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”). Notis ini menetapkan asas di mana HHQ boleh mengumpul, mengguna, mendedah atau memproses Data Peribadi seseorang selaras dengan PDPA.

1.2. Kami berhak untuk meminda terma-terma Notis ini mengikut budi bicara mutlak kami. Sekiranya terdapat pindaan, Notis ini akan dipaparkan di laman web kami. Anda digalakkan untuk melayari laman web kami dari semasa ke semasa bagi memastikan anda sentiasa maklum tentang polisi terkini berkaitan cara kami memproses Data Peribadi anda. Dengan berurusan dengan kami atau terus menggunakan khidmat HHQ, anda dianggap telah menerima Notis ini sebagaimana yang dipinda dan terikat dengan terma-terma semasa yang mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa.

1.3. Notis ini terpakai kepada Data Peribadi yang berada dalam pemilikan atau kawalan kami, termasuk Data Peribadi yang berada dalam pemilikan organisasi lain yang telah kami lantik untuk mengumpul, mengguna, mendedah atau memproses Data Peribadi bagi pihak kami.

1.4. Dengan mendapatkan atau menggunakan perkhidmatan kami, atau terus mengakses ke laman web kami, anda dengan ini bersetuju untuk memberikan kebenaran terhadap pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.

2. Pengumpulan Data Peribadi

2.1 Sepanjang urusan anda dengan HHQ, anda mungkin diminta untuk memberikan atau telah memberikan Data Peribadi bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan guaman atau apabila anda memohon sesuatu jawatan dengan kami. Perkara-perkara ini adalah berkaitan dengan proses dan pelaksanaan perniagaan kami, perkhidmatan, pengurusan hubungan dengan klien, serta aktiviti pembangunan perniagaan.

2.2 Adalah wajib bagi anda memberikan Data Peribadi yang diminta oleh kami bagi membolehkan kami memproses permohonan anda dan menyediakan perkhidmatan kami. Jika anda gagal memberikan Data Peribadi yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses dan/atau menyediakan perkhidmatan yang berkaitan sebagaimana yang anda minta.

2.3. Jika anda memberikan Data Peribadi mana-mana pihak ketiga kepada kami, anda dengan ini membuat representasi dan memberi jaminan bahawa anda telah memperolehi persetujuan, kebenaran dan/atau keizinan yang diperlukan daripada pihak ketiga tersebut untuk berkongsi dan memindahkan Data Peribadinya kepada kami, serta bagi membolehkan kami mengumpul, menyimpan, mengguna, mendedah dan memproses Data Peribadi tersebut selaras dengan Notis ini.

3. Tujuan Kami Mengumpul Data Peribadi Anda

3.1. Data Peribadi anda dikumpul, disimpan, diguna dan diproses oleh kami bagi tujuan-tujuan seperti berikut:

  1. 3.1.1. untuk melaksanakan, menjalankan dan menyempurnakan sebarang transaksi atau urusan, atau untuk menyediakan perkhidmatan dan nasihat guaman kepada anda atau mana-mana pihak ketiga;
  2. 3.1.2. untuk berhubung dengan anda dalam urusan perniagaan sama ada sebagai klien atau sebagai rakan niaga;
  3. 3.1.3. untuk melaksanakan kewajipan kami atau melaksanakan hak kami di bawah undang-undang;
  4. 3.1.4. untuk menjalankan semakan atau mengesahkan identiti anda;
  5. 3.1.5. untuk menyediakan semua dokumen, perjanjian dan/atau kontrak yang diperlukan bagi projek dan/atau perkhidmatan kami dengan anda untuk pelaksanaan, termasuk sebarang kewajipan yang timbul daripada mana-mana kontrak dan/atau perjanjian yang dimeterai antara anda dan kami, serta untuk menyediakan maklumat dan perkhidmatan yang anda minta daripada kami;
  6. 3.1.6. untuk menyelenggara dan mengemas kini rekod klien dalaman, pentadbiran, pengurusan, pembangunan perniagaan, pembangunan profesional berterusan, pendidikan, penyelidikan, operasi dalaman, penyelesaian masalah, analisis data, tujuan statistik dan tinjauan, serta aktiviti pekerjaan dan sosial;
  7. 3.1.7. untuk memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan kami dan untuk membuat pendedahan selaras dengan keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, garis panduan, undang-undang kecil, kod, pekeliling, pihak berkuasa kerajaan dan/atau mahkamah yang mempunyai bidang kuasa;
  8. 3.1.8. untuk mengendalikan laman web dan perisian teknologi maklumat kami (termasuk pengumpulan alamat protokol internet dan Cookies) serta semua aktiviti yang berkaitan dengan internet;
  9. 3.1.9. untuk memberikan anda langganan kepada makluman berkala, kemas kini, buletin, notis penerbitan, dan maklumat lain yang mungkin menarik minat anda;
  10. 3.1.10. untuk memaklumkan anda mengenai acara-acara kami, menyediakan bahan acara yang berkaitan dan mendapatkan maklum balas anda;
  11. 3.1.11. untuk menjawab pertanyaan, permintaan atau maklum balas anda;
  12. 3.1.12. untuk menamakan anda sebagai bakal rujukan kepada editor/penyelidik dalam penerbitan dan jurnal pemeringkatan undang-undang;
  13. 3.1.13. untuk memproses permohonan pekerjaan anda, menjalankan saringan pra-pengambilan dan menguruskan pekerjaan anda dengan kami; dan
  14. 3.1.14. untuk sebarang tujuan lain yang berkaitan dalam urusan perniagaan.

4. Jenis Data Peribadi

4.1. Data Peribadi merujuk kepada maklumat peribadi yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau daripada maklumat lain yang berada dalam pemilikan kami. Di HHQ, Data Peribadi yang dikumpul oleh kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkara berikut:

  1. 4.1.1. nama, jawatan;
  2. 4.1.2. umur, jantina, tarikh lahir, kewarganegaraan, nombor kad pengenalan, nombor pasport, gambar;
  3. 4.1.3. bangsa, asal etnik;
  4. 4.1.4. maklumat komunikasi termasuk alamat, alamat emel dan nombor telefon;
  5. 4.1.5. status perkahwinan, butiran ahli keluarga, pekerjaan, sejarah pekerjaan, penilaian prestasi, julat pendapatan, majikan, rujukan dan apa-apa butiran lain mengenai majikan terdahulu;
  6. 4.1.6. jenis pinjaman yang dipohon berkaitan dengan pembelian hartanah;
  7. 4.1.7. maklumat akaun bank, nombor fail cukai, nombor pendaftaran SST, nombor KWSP, nombor SOCSO;
  8. 4.1.8. rekod jenayah; dan
  9. 4.1.9. apa-apa maklumat dan data lain yang berkaitan bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan kepada anda dan berkongsi maklumat yang mungkin bermanfaat untuk anda.

4.2. Kami tidak sengaja mengumpul atau memproses Data Peribadi individu yang berumur di bawah umur 18 tahun tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada ibu bapa atau penjaga sah mereka. Sekiranya kami mengumpul atau memproses Data Peribadi individu di bawah umur 18 tahun, kami akan memerlukan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga sah mereka.

4.3. Kami juga mungkin mengumpul Data Peribadi sensitif berikut [bagi tujuan pekerjaan]:

  1. 4.3.1. keadaan kesihatan fizikal atau mental anda;
  2. 4.3.2. kepercayaan agama anda atau kepercayaan lain yang seumpamanya;
  3. 4.3.3. pelakuan atau dakwaan pelakuan sebarang kesalahan oleh anda; dan
  4. 4.3.4. data biometrik.
Sekiranya melibatkan sebarang Data Peribadi sensitif, dengan menandatangani borang persetujuan atau menggunakan perkhidmatan kami, anda mengakui dan mengesahkan bahawa anda bersetuju terhadap pengumpulan, penggunaan dan pemprosesan Data Peribadi sensitif tersebut selaras dengan PDPA dan Notis ini.

5. Sumber Data Peribadi

5.1. Kami mungkin mengumpul Data Peribadi secara langsung daripada anda atau daripada pihak ketiga seperti klien kami, rakan niaga, kontraktor, pekerja dan individu lain seperti pemohon pekerjaan dan bakal klien yang berpotensi. Data Peribadi yang berada dalam pemilikan kami diperoleh daripada, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. 5.1.1. borang pendaftaran rasmi (sama ada elektronik atau bercetak) bagi seminar atau sesi taklimat dalaman, langganan buletin atau sebarang acara promosi lain;
  2. 5.1.2. permohonan pekerjaan anda, curriculum vitae, resume, dan borang permintaan maklumat rasmi yang disediakan kepada anda oleh kakitangan HHQ;
  3. 5.1.3. sebarang pertanyaan, emel atau sebarang surat-menyurat yang telah kami terima daripada anda yang meminta maklumat atau membuat pertanyaan;
  4. 5.1.4. sebarang borang atau permintaan yang telah anda hantar melalui laman web kami;
  5. 5.1.5. daripada agensi kerajaan atau pendaftar, atau sebarang rujukan yang mungkin diperoleh daripada klien sedia ada yang mempunyai butiran perhubungan peribadi yang boleh disahkan;
  6. 5.1.6. ejen hartanah anda dalam transaksi hartanah, atau surat tawaran daripada institusi kewangan untuk pinjaman pra-lulus;
  7. 5.1.7. kad perniagaan yang diserahkan atau diberikan kepada rakan kongsi, rakan sekerja atau kakitangan kami;
  8. 5.1.8. rakaman CCTV atau rakaman keselamatan;
  9. 5.1.9. Cookies atau teknologi seumpamanya;
  10. 5.1.10. sumber yang boleh diakses secara awam (termasuk hasil carian di pendaftar awam, dan maklumat yang diperolehi daripada mana-mana agensi pengawalseliaan).

5.2. Rujukan kepada istilah ‘anda’ dan ‘milik anda’ termasuk juga wakil dan ejen anda.

6. Pendedahan Data Peribadi Anda

6.1. Dalam pelaksanaan perniagaan kami dan bagi tujuan menyediakan perkhidmatan kepada anda, kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada firma sekutu atau pihak ketiga, sama ada yang berada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini. Pihak ketiga ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  1. 6.1.1. firma atau syarikat sekutu dalam rangkaian Andersen Global;
  2. 6.1.2. firma guaman atau rakan niaga bersekutu kami;
  3. 6.1.3. mana-mana individu, agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa berkanun dan/atau pengawal selia industri di mana kami dikehendaki mendedahkan Data Peribadi menurut mana-mana undang-undang, peraturan atau perintah mahkamah;
  4. 6.1.4. pembekal, kontraktor, sub-kontraktor, penyedia perkhidmatan, wakil dan ejen kami sebagaimana yang mungkin diperlukan atau sesuai;
  5. 6.1.5. juruaudit, perunding, akauntan kami dan/atau klien kami, atau mana-mana institusi kewangan yang berkaitan atau penasihat profesional;
  6. 6.1.6. pihak lawan atau penasihat, ejen dan wakil pihak lawan dalam apa-apa urus niaga undang-undang dan/atau komersial, serta institusi kewangan bagi tujuan pemprosesan dokumentasi pinjaman; dan
  7. 6.1.7. mana-mana individu atau pihak atau agensi lain yang telah anda memberikan keizinan untuk mendedahan Data Peribadi anda kepadanya.

6.2. Dengan memberikan persetujuan terhadap Notis ini, memberikan Data Peribadi anda kepada kami atau terus berurusan dengan kami, anda dianggap telah bersetuju dengan pendedahan dan pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia, jika perlu, bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini.

6.3. Kami akan mengambil langkah keselamatan yang munasabah dan sesuai bagi memastikan sebarang pendedahan Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga dilaksanakan dengan cara yang selamat dan terjamin. Langkah-langkah ini termasuk pemindahan data melalui saluran atau platform yang selamat.

7. Melindungi Data Peribadi Anda

7.1. Kami mengambil langkah keselamatan yang munasabah seperti pelaksanaan kawalan akses, penilaian risiko keselamatan siber secara berkala, perlindungan anti-virus dan firewall, sekatan akses berdasarkan peranan dan tanggungjawab, serta latihan kakitangan mengenai perlindungan data dan prosedur pengendalian, bagi mengelakkan akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan atau risiko yang tidak dibenarkan terhadap Data Peribadi dalam pemilikan kami.

7.2. Walaupun kami melaksanakan langkah keselamatan untuk melindungi Data Peribadi anda, tiada sistem yang boleh bebas sepenuhnya daripada risiko. Kami akan terus menyemak dan mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan kami bagi mengurangkan ancaman yang berpotensi dan melindungi data anda setakat yang munasabah.

8. Hak untuk Mengakses,, Membetulkan dan Menarik Balik Persetujuan terhadap Pemprosesan Data Peribadi Anda

8.1. Adalah penting bahawa Data Peribadi anda yang berada dalam pemilikan kami adalah tepat dan lengkap bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan terbaik kepada anda. Anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada kami mengenai sebarang perubahan pada Data Peribadi anda, atau sekiranya anda percaya bahawa Data Peribadi yang kami miliki mengenai anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, atau lapuk. Anda berhak untuk membuat permohonan bagi mengakses, membetulkan, mengemas kini dan mengubah suai Data Peribadi anda yang berada dalam pemilikan kami dengan menghubungi kami melalui maklumat perhubungan di bawah. Semasa memproses permohonan anda, kami mungkin meminta maklumat bagi mengesahkan identiti anda. Di mana dibenarkan oleh undang-undang, kami berhak untuk menolak permohonan tersebut.

8.2. Anda boleh menarik balik persetujuan anda, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, terhadap pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyimpanan dan/atau pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghubungi kami menggunakan maklumat perhubungan di bawah, tertakluk kepada syarat dan/atau had yang dikenakan oleh undang-undang atau peraturan yang berkenaan.

8.3. Bergantung pada tahap penarikan balik persetujuan anda, kami mungkin tidak dapat meneruskan penyediaan sebahagian atau semua perkhidmatan kami kepada anda atau melaksanakan sebarang kontrak yang telah dimeterai dengan anda, dan kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak meneruskan perkhidmatan atau pelaksanaan kontrak tersebut. Hak dan remedi kami adalah dengan jelasnya terpelihara dalam keadaan sedemikian.

Maklumat Perhubungan

8.4. Untuk sebarang pertanyaan atau permohonan berhubung Data Peribadi anda, sila hubungi kami di:

  • Pegawai untuk Dihubungi: Ong Johnson
  • Jawatan: Pegawai Perlindungan Data
  • E-mel: dpo_hhq@hhq.com.my

9. Penyimpanan

9.1. Kami akan menyimpan Data Peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan pengumpulan data tersebut. Setelah tujuan tersebut dipenuhi, kami akan terus mengekalkan Data Peribadi anda sehingga tempoh tambahan 7 tahun bagi mematuhi keperluan undang-undang, pengawalseliaan, perakaunan, atau perniagaan. Selepas itu, Data Peribadi anda akan dilupuskan dengan selamat atau dianonimkan mengikut polisi penyimpanan dan pelupusan data dalaman kami.

10. Cookies dan Pautan di Laman Web Kami

10.1. Cookies adalah fail teks kecil yang mengandungi sejumlah kecil maklumat yang dimuat turun dan mungkin disimpan pada peranti anda seperti komputer, telefon pintar, atau tablet. Cookies mengumpulkan maklumat mengenai sistem pengendalian anda termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jenis pelayar dan alamat Protokol Internet (IP). Kami mungkin menggunakan maklumat ini untuk menganalisis trafik di laman web kami dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik apabila anda kembali ke laman web kami. Anda mempunyai pilihan untuk mengkonfigurasi pelayar Internet anda supaya memberitahu anda apabila menerima Cookies, memberi anda pilihan untuk memutuskan sama ada untuk menerima Cookies tersebut. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menyekat semua Cookies. Sila ambil perhatian bahawa jika anda menolak atau menyekat Cookies, anda mungkin tidak dapat menggunakan semua fungsi yang tersedia di laman web ini.

10.2. Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi atau kandungan di laman web pihak ketiga yang dipautkan tersebut, dan pengguna digalakkan untuk menyemak polisi privasi yang terpakai pada laman web pihak ketiga berkenaan.

11. Bahasa

11.1. Notis ini dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

–Tamat Notis Privasi–

© 2025 Halim Hong & Quek